Dandelia Coffee Cocoa

Dandelia Nature Sdn Bhd ditubuhkan secara rasminya pada Jun 2013 dan beralamat di No 32, Jalan Bunga Raya 9, Senawang Business Center, Taman Tasik Jaya, 70400 Seremban, Negeri Sembilan. Dandelia Nature merupakan syarikat 100% milik bumiputera dan mempunyai pengalaman selama 8 tahun dalam pemprosesan minuman pra-campuran sebelum ditubuhkan secara rasmi.

Dandelia Nature diuruskan sepenuhnya oleh Encik Kamarulzamani selakuPengarah Urusan dengan dibantu oleh beberapa kakitangan dalam urusan berkaitan urusniaga dan kerja-kerja yang berkaitan.

Kami amat komited untuk menghasilkan produk yang bermutu dan berkualitiselain memberikan perkhidmatan yang terbaik buat pelanggan yang kami hargai.